Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1942

Edisi ke-17 Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan telah diadakan di Montevideo, Uruguay bermula pada 10 Januari 1942 hingga 7 Februari 1942.Tujuh buah negara mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini. Mereka adalah Argentina, Brazil, Chile, Ecuador, Paraguay, Peru, dan Uruguay.Bolivia, dan Colombia tidak bertanding dalam kejohanan kali ini.Kejohanan ini menjadi antara yang paling bermakna buat pasukan Argentina dan Ecuador di mana pemain Argentina, José Manuel Moreno menjadi pemain pertama yang menjaringkan lebih 500 gol dalam sejarah Copa América, di mana beliau menjaringkan 5 gol dalam membenam pasukan Ecuador dengan skor 12-0. Perbezaan 12 gol yang dijaringkan pasukan Argentina ketika menentang Ecuador merupakan jurang perbezaan paling besar setakat ini dalam kejohanan Copa América. José Manuel Moreno dan Herminio Masantonio dari Argentina merupakan penjaring gol terbanyak dalam kejohanan ini dengan masing-masing mencatatkan 7 gol.